Ebu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi peluang untuk jari jemari ni menaipkan sebuah entry yang agak panjang dan penuh bermakna bagi saya dan entry yang agak sedih bagi kehidupan seorang anak untuk jalani hari-hari yang penuh dugaan yang datang,Mungkin sebelum-sebelum ni,entry bermakna ialah entry cinta ==',tapi ada lagi entry lagi penuh bermakna yang saya simpan dulu as a draft dan menunggu masa untuk publishkan pada semua orang :")


  Dzalifah Binti Md Sood that my mom,seorang ibu yang dulunya bertaruh kan nyawa untuk melahirkan seorang anak yang bernama nur sabrina,seoarang anak yang dilahirkan melalui pembedahan sebanyak dua kali pembedahan dan terpaksa buang rahim beliau, ya Allah :'( betapa sakit nye ibu melahirkan aku dulu , tak  dapat ku bayangkan betapa kuat nye ibu menahan kesakitan selepas melahirkan aku,hanya Allah je yang tahu macam mana ibu menahan kesakitan.Terima kasih ibu kerana lahir kan ina :') 

Ibu, seorang Wanita yang tabah menjalani hari-hari dengan dugaan yang datang , ibu kuat dengan semua dugaan yang Allah bagi,ya Allah kuat nye ibu, kalau boleh ina pon nak kuat macam ibu :') ibu selalu selalu maafkan semua kesalahan ina,ibu selalu manjakan ina walau pon ina tak sempurna macam orang lain,hmm time ina kecik-kecik dulu ina tido dengan ibu misti ina cium and peluk ibu share satu selimut dengan ibu,hmm bu ina rindu semua tu,tapi sekarang ina dah besar tak boleh nak tido dengan ibu lagi kan, its okayy la bu,tapi walau macam mana pun ina tetap ada dengan ibu sekarang kan.ina sayang ibu :'(

Time ina sakit,ibu selalu ulang alik bawak ina pergi kelinik,ibu yang bawak pergi hospital,ibu yang teman ina ambil darah,ibu sanggup ambil cuti sebab nak jaga ina walau pun ibu busy dekat office time tu,ibu sanggup korban kan masa dengan ina,ibu ikut semua apa yang ina nak bila ibu dapat gaji,ibu beli macam-macam apa yang ina nak semua ibu bagi kan sebab ibu tahu kalau ina tak dapat misti ina merajuk :') 
then bila dapat tahu je ina sakit anemia time tu misti ibu lah orang yang paling risau kan sebab sebelum ina pergi medical check up lagi ibu dah dapat rasa result dctor macam mana,ina ingat lagi time ibu teman ina dekat hospital ibu sanggup tak tidur tunggu orang derma darah dekat ina,ina tahu time tu ibu misti penat kan sehari ibu tunggu orang derma darah tapi still tak ada,sampaikan ibu tertido dekat sebelah ina dengan kerusi plastik,bila ina sedar je dari tido ina tengok ibu,ina terus menangis tgk ibu,misti sakit badan ibu tidur dekat kerusi plastik,then bila ibu terjaga ibu tengok ina menangis ibu terus tanya kenapa ? ya Allah ina tahu misti ibu lagi risau tgk ina nangis kan,tapi time tu ina ckp ina nangis sebab ina sakit perut lah apelah,sebenarnya tak ina just kesian tengok ibu . hmmm bu apa yang ina boleh cakap ina sayang ibu sangat :'/

Sekarang tiba giliran aku untuk jaga ibu.Hari demi hari berlalu dapat tahu ibu sakit "Kencing Manis" ya Allah time tu aku sedih bila dapat tahu ibu sakit ,Berpunca hanyalah dari luka kecil ditangan ibu dan sekarang luka tu merebak dan menjadi bengkak.Kata doctor nanah dalam tangan ibu , hari-hari ibu makan ubat tahan sakit and ubat bengkak tapi sampai harini tiada kesan untuk sembuh , tiap-tiap minggu aku pergi beli kan ubat untuk ibu tapi semakin hari semakin teruk tangan ibu sampai kan hari ini makin teruk, sampai satu tangan ibu bengkak , ibu tak boleh buat kerja rumah lagi macam dulu,sejak ibu sakit kerja rumah semua aku dengan kaka yang buat ,masak setiap hari,cuci pinggan kemas rumah,ya Allah start je class nanti siapa yang nak masak untuk ibu ? siapa yang nak kemas rumah lagi :'( ikut kan hati aku nak berhenti belajar,nak jaga ibu sampai ibu sembuh,tapi ibu nak aku habis kan belajar .Hati yang serba salah aku ikut cakap ibu.hmm ya Allah apa yang aku boleh janjikan dalam diri aku sekarang, aku akan bahagikan masa untuk ibu dan belajar.Selagi aku bernafas aku janji aku akan jaga ibu sebaik mungkin and last hope ibu cepat sembuh .


                                                           I LOVE YOU DZALIFAH :')